Sejak akhir-akhir ini banyak yang sms dan tak kurang yang telefon tanya ada jam baru ke Mr Dil's.
Maaf, setakat hari ini tak de jumpa jam untuk di jual. Kalau ada pun untuk koleksi sendiri.
Ada satu minggu tu tiap-tiap hari aku tinjau kawasan projek ini. Bermula jam 5.30pagi aku dah bergerak ke lokasi sampai-sampai jam 6.10 pagi. Tengok dan belek kawasan tanah ni sehingga jam 10.00 pagi.
Petang aku pergi lagi ke lokasi tapak projek bermula jam 3.30 petang - 6.00 petang.
Aku tengok kawasan ini lengkap jugak. Walaupun takde air tapi ada air hujan serta ada bekalan elektrik cuma perlu buat sambungan elektrik aje.
Lihat lokasi rumah.... kayu masih elok lagi... Ada yang boleh dipakai dan ada kayu yang elok tapi tak boleh digunakan untuk projek ini.
Keadaan kayu pada dinding rumah ini rasanya elok lagi. Cuma perlu di dibersihkan dan dicuci.
Keadaan rumah semak sedikit. Rasanya pintu boleh guna lagi. Tak payah beli pintu baru... Janji Masuk...
Kotor memang kotor tapi perlu sedikit usaha je lagi. Apa yang penting rumah kecil ini akan menjadi kenangan kerana kesemua struktur rumah akan dirobohkan.
Namun kesemua barang dalam rumah ini akan disimpan satu lokasi stor baru yang masih dalam proses pembinaan.
Tengok atap zink masih ok. Walaupun dah digunakan 8 tahun serta dibuat sendiri oleh ayah aku.
Orang kata kalau ada rezeki tak akan kemana-mana. Dalam proses mengemas.. aku jumpa CICAK TOKEK ini yang harganya ribuan ringgit. Namun yang ini kecik aje.... Ada 3 ekor lagi di lokasi rumah ini dalam proses tangkapan dalam anggaran lebih 300gram. Nasib baik tak jumpa jam ye...... Hehheheheee
Setelah tu dalam dua hari aku sama-sama dengan beberapa pekerja buat tiang rumah dahulu dalam proses pembesaran rumah ini.
Akhirnya... tiang rumah ini semua siap dipasang.... Tapi perlu dibuat sambungan lagi....
Sebenarnya projek ini telah berjalan 2 bulan lepas.
Jadi sekarang ini setiap hujung minggu dan hampir setiap petang aku habiskan masa aku dengan projek ini.
Namun, hobi koleksi jam tangan tetap aku simpan kerana minat.
Cuba teka projek ape ini ye....?
Buat rumah rehat ke bro?
ReplyDeleteHehe!! Projek besar untuk menjadi usahawan besar ni.. Err, dapat join venture x? kuikuikuikui!!!
ReplyDeleteSalah.
ReplyDelete