Sports

Sunday, October 31, 2010

PROJECT UNDER CONSTRUCTION.. 2ND

Sehingga semalam beginilah keadaan projek ini. Struktur rumah lama telah dirobohkan sepenuhnya. Gambar pun tak jelas maklum je ambik gambar guna Hand Phone 2.5 megapixel. Perkembangan ini sangat mengembirakan aku. Pelbagai halangan terpaksa di tempuhi seperti masalah tukang mahir, peralatan, kelengkapan, jarak, bahan, dan transportation.

Sehingga semalam aku memohon khidmat perundingan seorang pakar dari Jawa Tengah, Indonesia. Melalui perbualan telefon penjelasan dibuat masih belum jelas. Tak cukup dengan itu dihubungkan melalui email. Ini disebabkan oleh penerapan unsur teknikal dalam projek selain sedikit kajian.

Untuk memastikan projek ini menghasilkan pulangan yang lumayan rasanya khidmat nasihat secara berbayar kepada sahabat ini dari Indonesia perlu dengan menggunakan teknologi internet Skype dan Web Cam selain rangkaian broadband untuk meninjau kawasan projek tanpa juruperunding pergi ke lokasi rahsia ini.

Nasib memang baik, lokasi projek ini diatas bukit jadi dapat menerima signal telefon bimbit. Kalau nak dapat bekalan elektrik jaraknya hampir 1 KM dari sumber bekalan elektrik. Namun sambungan telah selesai sehingga ke rumah. Cuma sambungan elektrik dalaman cadangan dibuat sendiri. Juruteknik elektrik upahan memang boleh buat tapi  unsur teknikal dan kemahiran dalam membuat projek ini  kemungkinan tiada.

Namun, sekarang ini alternatif perlu difikirkan untuk memperoleh bekalan air menggunakan water pump selain mewujudkan water tank di lokasi projek ini.

Rasanya minggu hadapan aku ke lokasi ini...

3 comments: