Sports

Wednesday, September 15, 2010

SEIKO Pilot Calculator 6138 7000 Vs Seiko Bullhead 6138 0040

 Bermulanya Lebaran Selamat Hari Raya Aidilfitri sehingga hari Raya ke-6 aku hanya pakai dua jenis jam tangan Seiko ni aje.. Setiap kali pakai jam ini aku suka buat perbandingan kedua-dua jam ini. Masing-masing ada kelebihan...
 
 Kalau Seiko Pilot Calculator tanduknya ditepi.... Tapi kalau Seiko Bullhead betul-betul diatas kepala..
 
Jika diperlihatkan Seiko Bullhead... Aku suka warna hitam... kerana cun pada tangan aku. Jika diperlihat jam ini mempunyai satu ring aje... serta ada numbor untuk mengira chronograph.
 Tapi kalau Seiko Pilot Calculator jam ini mempunyai dua bezel pada sebelah dalam dan luar. Uniknya bezel ini boleh berputar baik untuk tujuan pengiraan chronograph, matematik, asap mahupun angin.
 
Bezel jam Seiko Pilot Calculator masih bersih like new...serta bersih.
Tengok ketebalan... Sudah pasti Seiko Bullhead lebih tebal berbanding Seiko Pilot Calculator. Jadi seiko Bullhead lebih berat berbanding Seiko Pilot Calculator. Puas hati kedua-duanya like new.
 Untuk mempastikan case back original pastikan Seiko Bullhead ada number 6138 0040 dan....
 
Seiko Pilot Calculator 6138 7000.
 Pasangan untuk rantai Seiko Bullehad adalah rantai jenis fishbone. Untuk pengetahuan rantai fishbone ada dua jenis iaitu satu jenis tebal dan satu jenis lagi nipis. Yang tebal warnanya lebih berkilat macam gambar ini dan rantai fishbone yang nipis warnanya kurang bersinar.
 
Ini pulak rantai Seiko Pilot Calculator.
 Jika digunakan pada tangan Seiko Pilot Calculator menutup kesemua pergelangan tangan serta nampak selesa dan menawan. Manakala, Seiko Bullhead ianya berat serta cun... aje.
 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin.

Mr Dils
Dalat
Sarawak.