Sports

Sunday, January 31, 2010

COMING SOON - TITONI COSMO KING 14K GOLD RIM


Titoni Cosmo King 14K adalah salah satu jenama daripada Swiss. Titoni Cosmo King ini adalah berbeza dari Titoni Cosmo King yang biasa kita lihat. Ini adalah kerana RING nya adalah diperbuat daripada EMAS 14K iaitu boleh menandingi jam jenama Rolex mahupun Tudor. Selain itu ketika membeli jam tangan Rolex anda berhati-hati dengan Ringnya. Ini berkemungkinan Rolex yang anda beli mungkin menggunakan Ring Titoni Cosmo King selain kilauan hampir menyamai jam tangan jenama Rolex. Beberapa spesifikasi ring yang boleh membezakan ring Rolex mahupun ring Titoni Cosmo King.

Untuk makluman juga, sepanjang pengetahuan saya jenis Titoni Cosmo King 14K Rim bukan untuk pasaran Malaysia. Kalau ada ia mungkin terlepas dari negara-negara jiran yang dahulu kalanya mempunyai nilai matawang yang tinggi berbanding Malaya / Malaysia. Melalui penghijrahan berkemungkinan ada sedikit jam tangan ini terlepas ke tangan warga Malaysia.

Satu lagi keunikkan jam Titoni Cosmo King 14K Rim ialah merupakan jam tangan Titoni Cosmo King yang paling besar diantara saiz-saiz jam Titoni Cosmo King. Selain itu, engine nya adalah berbeza daripada engine Titoni Cosmo King yang biasa kita jumpai. Kemungkinan huruf "K" membawa banyak masud tersembunyi iaitu KING, Paling Besar dan Karat=Emas.

Untuk makluman penggemar-penggemar jam Titoni rasanya jam ini lengkap dan menarik kerana mempunyai kombinasi real gold  + stainless steel. Keadaan body, face, dial, bracelet nampak macam baru.

Kepada yang nak lihat dahulu gambar-gambar jam tangan ini dengan lebih detail boleh hubungi melalui sms 010-9620271.


Mr Dils
Dalat, Sarawak

No comments:

Post a Comment