Jam Tangan jenama Bulova merupakan salah satu jam tangan terkemuka dunia dari Swiss. Sehingga kini syarikat ini masih kukuh dan masih mengeluarkan jam tangan untuk tatapan peminat jam tangan baik choronometer, automatic mahupun menggunakan kuasa bateri.
Pada kali ini ditampilkan satu jam tangan Bulova Ambassador. Jam tangan ini menggunakan kuasa automatic 17 Jewels. Casing jam tangan ini ialah gold plated. Tetapi pada pandangan mata kasar saya body jam tangan ini berkilat tidak seperti buatan tangan jam tangan biasa. Merujuk pada mata kasar saya juga berkemungkinan ianya ada sedikit campuran emas. Tetapi berapa karat saya tak pasti.
Pada gambar ini juga kita lihat body jam memang kilat lain macam. Kalau betul ia ada campuran emas rasanya harganya tak setimpal dengan harga. Kalau jam keluaran terbaru susah kita nak tengok jam ada sedikit campuran emas. Kalau ada harganya belasan ribu. Pada muka jam tangan ini tertulis BULOVA Automatic, Ambasaddor dan Date. Maaf ya, jam ini tak ada jarum saat ya bukan hilang tetapi memang itu keunikannya. Pada angka no.12 digantikan dengan Logo Bulova. Apabila tengok logo Bulova teringat aku pada tanduk kerbau.
Cuba anda lihat pula gambar ini, memang kilat dia juga lain. Casing jam tangan ini adalah berbentuk segiempat. Rasanya kalau boring nak gunakan tali original Bulova ini boleh buka tukarkan dengan tali leather warna hitam atau warna unggu buah manggis.
Gambar yang ini pula saya ambik dari bahagian bawah jam. Perhatikan kilatnya juga berlainan dengan warna jam biasa. Semakin kita kilatkan dia menggunakan kain pengilat khas kilat dia semakin bersinar. Pada kesempatan ini tengok cermin dia juga original dari Bulova. Tapi kalau nak pilih tali jam tangan leather ia sangat cantik dipadankan dengan tali leather nipis sebab jam tangan Bulova ini nipis.
Tengok Crown jam ini ianya ialah masih original dari Bulova. Mungkin agak kurang dari segi kejelasan logonya. Mana tidak dah lebih 30 tahun dimakan usia.
Satu lagi keistimewaan jam tangan ini ialah dari segi ketebalan body jam. Ianya hanya setebal 0.5cm sahaja. Agak nipis ketebalannya. Kalau tak silap saya kebanyakkan jam tangan jenama Longiness mengeluarkan jam tangan yang agak nipis tapi berkuasa engine manual. Boleh tengok view google.
Ini pula aku ambik engine bawa keluar dari body dia. Tengoklah engine dia bersih sekali. Pendulum dia bewarna kuning dan nampak macam baru walaupun telah dimakan usia lebih 30 tahun. Pada pendulum tertulis BULOVA, 1432.10, 17 Jewels dan Swiss Made.
Rasa macam tak puas hati tunjuk engine, ni aku bagi lagi gambar engine untuk korang perhatikan dengan teliti. Untuk pengetahuan, siapa yang ambik jam ini tak perlu service kerana aku dah siap full overhall engine jam tangan ini. Jadi tak hairanlah perjalanan setiap masa jam tangan ini memang tepat.
Perhatikan case back jam ini bersih dan kurang calar. Pada case back tertulis BULOVA, N9, BASE STAINLESS STEEL BACK, 442 0210.
Aku buka lagi begini lah keadaan bahagian dalam case back.
Perhatikan buckle jam ini juga masih original dari Bulova serta nampak macam baru.
Ini pula gambar tali jam tangan ini. Juga masih original Bulova.
Ni aku bagi gambar jelas pada buckle dan tali bulova. Untung siapa yang dapat jam tangan ini sebab semua bahagian pada jam tangan ini masih original dari Bulova termasuk body, engine, cermin, face, buckle mahupun tali. Kenapa aku jual jam tangan ini? Kerana aku dah banyak jam tangan jenis begini.
Jam tangan already full engine overhall. Kalau beli jam tangan lain kena fikir servis lagi, Ringgit Malaysia lagi dan Spare Parts. Itu pun belum tentu boleh jalan dengan jalan masa yang tepat. Pemilik baru tinggal guna dan pakai sahaja.
Ditawarkan Pada Harga
RM430.00 (Nego)
how much po
ReplyDelete