Sports

Saturday, September 5, 2009

TITONI Airmaster 77 Jewels Automatic (SOLD)


Jam ini sangat unik. Kebiasaan kita menjumpai jam memiliki 25 Jewels dan kini saya pamerkan jam Titoni 77 Jewels. Dalam 1000 jam dalam pasaran mungkin hanya seunit sahaja yang memiliki 77 Jewels. Memang unik.

Keunikan bukan hanya dikongsi melalui engine nya sahaja tetapi terkandung pada "dial"-nya dimana dial dilengkapi dengan face bewarna putih dan tangan-tangannya dilengkapi dengan warna silver serta unik yang membezakannya dengan jam baru vs jam vintage.

Case Back juga terletak dalam lingkungan jam yang sukar diperolehi dan unik. Kebiasaannya back case jam omega constellation, grand seiko mahupun king seiko mempunyai case back yang diperbuat daripada emas. Untuk kali ini, saya tampilkan jam yang memiliki ciri-ciri prestige menyamai dua jenama jam yang dianggap berkelas tinggi.
Paling jelas dan nyata case back ini ada tertulis "77 Jewels" yang dibuat khas untuk Titoni 77 Jewels.

SOLD TO MR CHAN, PENANG
Mungkin melalui penampilan engine, case back boleh memberikan anda pandangan lebih jelas mengenai keupayaan engine dan kunikannya.
Lebih jelas kelihatan engine Titoni Airmaster ini. Gambar yang teramat jelas pada rotor jam tertulis TITONI ETAROTOR, 77 Jewels dan Swiss Made.
Mungkin gambar ini memberi pemahaman anda mengenai jam unik ini mengenai dua unit gear yang menjadi tonggak utama 77 Jewels.
Jam ini masih asli termasuk crown original daripada Titoni.
Bukan hanya crown masih original malah cermin juga original daripada Titoni.
Memang unik. Jam tangan leather.
Lain dari yang lain untuk anda dari jam kaki 5....

Secara Detail:

Titoni Airmaster
Automatic
Swiss Made
77 Jewels (Sukar dijumpai)
Back Case Original diplated dengan emas (Sukar Dijumpai)
Casing masih bersih
Crown Original
Cermin Original
Tali New Leather
Face Dial Unik

Tulisan Pada Face :
Logo Titoni, Perkataan Titoni, 77 Jewels, Rotomatic serta lengkap dengan Date.

1 comment:

  1. sy ada rado kuda merah macam dlm gambar tu. tp tudung bkg hilang. jam masih ok. klu nk jual berapa? mail.lunasspeedchicken@gmail.com

    ReplyDelete