Sports

Saturday, September 12, 2009

MIDO Commander Chronometer Call.1189 & Ah 36.000 (SOLD)


Jam Mido adalah satu jenama jam yang kurang dipasarkan di Asia. Ianya adalah salah satu jenama jam buatan Swiss yang datang dari negara pengeluar jam ternama dunia. Kebanyakkan jam jenama Mido dikeluarkan sekitar tahun 1970-an.
SOLD TO MR SUKRI, ALOR SETAR Crown jam ini adalah original dari Mido. Baru-baru ini jam ini telah diproduce kembali oleh syarikat pengeluar kerana adanya permintaan dari peminat-peminat jam vintage mido. Rekabentuk adalah sama cuma ada penambahan dari segi kualiti iaitu cermin keluaran baru mido ini adalah saphire tetapi jam vintage asal tidak memiliki kelebihan itu. Setelah di reproduce kembali oleh syarikat Mido pasaran untuk Malaysia dijual sekitar harga RM2+++.
Keadaan body jam ini masih sangat mengagumkan kerana tiada sebarang kesan calar pada body jam. Cubha lihat gambar sebelum-sebelum ini.
Satu lagi yang sangat mengagumkan saya mengenai jam ini ialah engine. Perjalanan jam ini sangat tepat. Keadaan body engine nya juga sangat memuaskan. Cuba goncang sedikit sahaja ia mampu beroperasi dengan baik. Apabila digunakan dalam tempoh satu jam pada tangan dengan pergerakan kerap ia mampu beroperasi sehingga lebih enam jam.
Melihat dari spesifikasi engine jam, ianya adalah original keluaran Mido, pergerakan Automatic, 17 Jewels dan yang paling saya sukai ialah ianya dilengkapi dengan Choronometer berjanakan Call.1189 dan Ah36.000. Dan yang pasti engine jam ini mempunyai ketepatan masa yang baik.
Ini ialah gambar casing engine yang mempunyai tulisan pengeluar iaitu Mido. Uniknya lagi, engine jam dibuka melalui cermin hadapan kerana jam ini tiada case back. Fungsi pembuka engine ini adalah bersamaan dengan jenama jam terkemuka Seiko iaitu Grand Seiko dan King Seiko yang sama taraf dengan Jam Rolex dari segi pergerakan engine.
Pada belakang body engine kelihatan ada tulisan dari syarikat pengeluar mido iaitu SWISS MADE STAINLESS STEEL. Ia membuktikan body jam adalah original.
Pada pandangan sisi jam ini memang masih nampak macam baru cuma ia perlu digilap lagi agar lebih menyerlah keasliannnya.
Face jam mengambarkan kelebihan sesuatu jam yang kita miliki. Pada muka jam ini kelas kelihatan bewarna putih cerah, wording Mido, Ocean Star, Dataday, Swiss Made & Commander. Fungsi Day Date melengkapkan jam ini kerana setiap pengguna jam tangan memerlukan dua perkara ini sebagai rujukan utama.
Jam ini memang sungguh unik. Lagi unik apabila kia lihat pada tanggal nombor digantikan dngan diamond dari nombor 1 hingga nombor 12. Ditambah lagi jarum saat, minit dan jam di kombinasi dengan warna hitam dan silver.

Secara Spefikasi :
Jenama Mido
Swiss Made
Automatic
17 Jewels
Choronometer
Call.1189 & Ah 36.000
Crown Original
Glass Original
Face with diamond number
Having Day Date
New Leather Strap

No comments:

Post a Comment