Sports

Sunday, December 5, 2010

SWIFTLET HOUSE FUNCTION ANYTIME 24 HOURS NEXT WEEK.

Inilah yang aku buat selama ini menyepi tanpa khabar berita jam tangan. Namun dalam kesibukan aku membuat persediaan membina rumah burung walet ada juga aku jumpa jam tangan. 
 
 Lokasi rumah burung walet ini adalah lokasi rahsia di Sarawak, Malaysia. Pada mula-mula membuat rumah ini aku menjangkakan jumlah populasi burung walit adalah tidak banyak. Namun kita akan lihat jumlah populasi sebenarnya pada minggu hadapan. Mengikut ramalan jumlah populasi burung walet liar dikawasan ini mencecah ratusan ekor. Mengikut tinjauan aku, lokasi rumah burung walet yang aku bina ini tidak memiliki rumah burung walet selain ini satu-satunya rumah burung walet tunggal.

Untuk mendirikan rumah ini memerlukan tempoh masa 2 1/2 bulan kerana hanya hasil tangan seorang sahaja tukang yang mahir dalam membina rumah burung walit ini. Untuk mendirikan rumah burung walet ini mengambil tempoh masa yang singkat namun, ilmu mempelajari dalam membina seterusnya menghasilkan kualiti sarang burung walet yang tinggi adalah agak sukar. Untuk mendirikan rumah adalah tidak sukar. Tapi mendirikan sebuah rumah yang serba ringkas ini memerlukan ilmu yang lengkap kerana ianya melibatkan pelaburan puluhan ribu. Banyak lokasi perlu aku lawati bermula dari Semop, Daro, Matu, Igan, Oya, Mukah, Balingian, Serikei, Sebuyo, Meludam, Kabong, Seratok, Kenowit, Sibu, Miri, Manjung,  Perlis, Kedah, Terengganu sehingga ke negara jiran Indonesia iaitu Pontianak, Banjarmasin, Singkawang, serta juga Jawa Barat. Kos melawat sahaja memang tinggi. Serta untuk menghasilkan kejayaan aku perlu menambah ilmu dengan melayari internet.

Syukur kepada Allah SWT. kini rumah burung walet ini telah siap sepenuhnya. Cuma tinggal sedikit sahaja persediaan yang aku perlu buat.

Aku pohon agar para sahabat aku mendoakan kejayaan ini. Terutamanya sahabat-sahabat peminat "Jam".

 Mr Dils
Dalat, Sarawak