Sports

Thursday, February 11, 2010

Perancis MENDARAT bersama Eterna Matic 3000 Rose Gold (SOLD)

Penat layan Jepun ni aku layan pulak jam Swiss. Kali ini aku tampilkan jam Eterna Matic 3000 kondisi mulus serta nipis. Body saluti emas. Berapa karat ni aku tengah cari.
Puas dah aku searching dalam internet. Terutamanya ebay mengenai jam tangan jenis ini. Harganya dalam ebay mak oiiii meletoop. Terutama pada jam tangan jenis ini di mana dail dia yang bersih putih bagaikan kapas. 
Tengok jam tangan ni meleleh air liur beb. Bersih giler. Berapa karat emas digunakan aku masih dalam pencarian yang belum berakhir. Cuma ada goresan sedikit pada cermin jam. Cehhhhh tukar aje RM5.00 dah nampak cantik. Tapi aku takde masa sejak kebelakangan ni banyak sangat travelling. Mungkin dalam masa terdekat Kuching dan juga Kuala Lumpur ada seminar dan mesyuarat.
Selalu kita jumpa jam tangan yang besar-besar dan berat lagi tu. Tapi jam ini memang tersangat nipis. Tengok lah gambar kat atas tu aku bawa penjolok jam.
Case back dia masih ada plastic lagi. Cuba ada sedikit koyak pada plastik tu. Mungkin tukang jam tangan yang service jam ini gatal sangat nak tahu lebih lanjut mengenai case back dia. Perhatikan ada nombor tuuuuu.. Boleh cuba nasib kot 761945. (Jangan Haram Untuk Orang Islam)
Nanti ada yang tanya mana ada jam lama case back baru siap ada palstic lagi. Bukan gitu encik abang.... Tengok betul gambar atas ni belakang case back semua sudah cukup buktikan ia bautan Swiss
Masih tak puas hati ni aku ambik gambar engine dia. Nahhhhh... Macam mana? Perhatikan betul-betul. Original. Nampak je gitu jalannnya pu yoooo tepat gua cakap luuuu. Tengok betul-betul nanti cakap aku tipu pulak. En Abang oiii jam ni saya dah siap FULL ENGINE OVERHALL. Jadi, jangan nak membazir service sekali lagi jam ni atau bagi lebih kat aku.... lagi cantik.
Belek punyai belek ada lagi rupanya nombor pada jam ni. Pi lah tengok yaaa. Lengkap 4 nombor ekor dan 6 nombor ekor. Jangan buat tau aku gurau aje kat korang kat luar sana.
Ni tali dia yang sebetul-betulnya. Berapa karat emas digunakan aku pun masih dalam pencarian. Tengok gambar dia.
Belek lagi tali jam ni gambar sebelah dalam dia. Cewah bersih giler gua cakap lu...
Gambar penuh jam tangan ni aku ambik laaa tepi longkang kat belakang rumah aku nak padan kan dengan warna merah katakan..Jangan ambil hati tau. Tapi cun jugak gambar jam ni dipadankan dengan warna merah.
Bergaya dengan jam ni memang seronok. Nipis, ringan cukup pada jam tangan ni.
Semua accessories pada jam ni adalah original kecuali cermin dia. Tukar je kalau nak lebih bergaya.

Sebelum aku tutup cerita ni aku ada pantun dua kerat.

SOLD TO MR ABD. H, KUANTAN

No comments:

Post a Comment