Sports

Friday, December 18, 2009

FOR SALE - TITONI Airmaster 57 Jewels

Titoni Airmaster adalah koleksi aku diantara yang unik. Sangat jarang menjumpai dail Titoni Airmaster sebegini rupa. Pada dail jam menggunakan kombinasi warna gold + white. Jarum jam kesemuanya adalah gold. Sama ada bersalut emas itu saya memang tak pasti. Apabila dipakai pada tangan memang nampak kelainan. Orang tengok aje dari jauh dah tahu bahawa jam tangan ini jam vintage dan tak ada lagi dikeluarkan di pasaran.
Belek kiri-belek kanan. Pada body jam memang masih berkilat walaupun lama dalam simpanan. Tengok cermin tebal dan masih original. Pada cermin jam ada lop yang berfungsi tengok tarikh dengan lebih besar. Belek lagi tengok crown pun original.
Bercerita pula mengenai belakang jam. Pertama sekali tengok case back. Uniknya case back ini disaluti dengan emas dan dilengkapi dengan nombor 347-345. Case back jam titoni ini adalah bersamaan dengan Omega Constellation, Grand Seiko dan seumpa jam-jam prestij lain. Pada engine jam tertulis Titoni Etarotor 57 Jewels Swiss Made. Kalau diperhatikan jenis engine 57 Jewels adalah kategori jam tangan yang sukar diperolehi kerana kita kebiasaannya menjumpai jenis 17 Jewels dan 25 Jewels. Kalau gambar masih tak jelas boleh "klik" pada gambar untuk imej yang lebih besar.
Pada muka jam tangan ini tertulis Titoni Airmaster, Logo Titoni, 57 Jewels Rotomatic dan lengkap dengan Date. Fikir-fikirkan lah..... All Original Titoni kecuali leather strap.

Secara Spesific
Tahun Dikeluarkan sekitar tahun 1960
Swiss Made
57 Jewels (Jarang Jumpa)
Automatic + Winding
Clean Body Casing
Original Crown
Original Glass
Unique Dial (I Think Also Original Plated by Gold)
Case Back Plated with Original Gold (Jarang Jumpa)
Jenis 347-345
New Leather Strap

Call/sms
Mr Dils

No comments:

Post a Comment